gembira dapat tolong abang-kakak

April 1st, 2006 by theadie

Assalamualaikum…
kawan-teman-sahabat yang masih diingati dan mengingati

Hari ni… 1 April, bermula lagi bulan baru
16 hari yang lepas (15 Mac), aku dah pun menjengah alam 22 tahun
dan dalam masa 10 hari lagi, aku akan bertolak ke Indonesia…

erm, terasa bangga-lega-gembira
bile aku dapat tolong abang-kakak senior siapkan design thesis diorang
nampak diorang sangat2 memerlukan pertolongan
dan aku dapat bayangkan kalo aku dah sampai peringkat itu nanti (doakan)

walaupon aku takde studio sem ni
2 model structure dah aku repair
2 presentation board aku tolong render & lukis human figure
1 complete model+context dah aku siapkan (dgn sahabatku Aza)
beberapa presentation board aku tolong gam UHUkan
tapi sayang aku tak berpeluang tolong dia

erm, sekarang tengah sibuk preparation untuk Heritage Study ke Indon
kena cari; video cam+tape, beli roll film, GanttChart, equiptment etc…
dan aku sangat2 tak saba untuk menjejakkan kaki ke tanah seberang
sebab ini merupakan pengalaman pertama naik Kapal Terbang, huhu

doaku agar semuanya berjalan lancar
segala kesusahan-kesulitan-permasalah, ditunjukkan jalan penyelesaian
tawakkalku pada Allah agar kami selamat pergi dan pulang (Yogya, Xi-an, Kedah)
moga doaku diperkenankannya
BERHARAP DENGAN SANGAT . . . awlas

Kunci untuk kawan-kawan

March 24th, 2006 by theadie

Assalamualaikum . . .
dah hujung2 sem, selalu plak aku terpikir pasal kawan2 . . .
ye lah, ramai dah nak "gerak" dah lepas sem3 ni
ni ade sikit hadiah aku dedikasi
buat kawan bergelar sahabat


10 kunci PERSAHABATAN

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama
seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,
tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung
tidak mempunyai persamaan dengan anda,
bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu
berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana
anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati
orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna,
setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan
kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu
sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun
tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain
dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai
minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak
boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu
yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan
(stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan
yang baik akan membenarkan anda melepaskan
perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya
mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan
dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia
untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana
anda tidak boleh menariknya kembali

bersyukur kini, padamu ilahi…
teman yang dicari, selama ini…
telah ku TEMUI…

-brothers::teman sejati-

my fotopages

February 10th, 2006 by theadie

at last…
I have my own fotopages
every comments are welcome

http://theadie.fotopages.com

after this, I may no longer up-date my blog
busy with fotopages, nge he he

b t n

January 5th, 2006 by theadie

a s s a l a m u a l a i k u m

semalam, dalam keadaan yang terpaksa dan memaksa,
aku terpaksa join program BTN anjuran SRC UIAM

“kalau tak, takleh grad” itu antara ugutan tersirat, hemh!
walaupon masa rehat aku panjang lagi… aku join gak la

BTN malam semalam dibuat dalam bentuk forum
ahli panel dan tajuknye sangat menarik

“100 universiti terbaik dunia: cabaran dan strategi”

antara yang dibincangkan: perlukah kite berusaha ke arah itu?
punca UM terkeluar senarai 100 terbaik, ciri-ciiri utk menjadi yang terbaik
dan sebagainya

lepas abes forum tuh, tetibe terpikir
“betolke aku layak masuk Universiti ni?”

erk ! H E H ! ! !

p/s: waktu rehat blom tamat

yang digelar AKHAWAT itu…

December 10th, 2005 by theadie

bersama2 muhasabah diri…mengecap cinta illahi~

Seorang akhawat itu
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati … telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya, dalamnya ada air,
sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka,

ceritera hidupnya …

seorang akhawat itu …
hatinya penuh manja,
penuh kasih sayang semuanya,
cinta untuk diberi … kasih untuk dirasa …
namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah, atau kelemahan dunia … ia bisa
kuat,
bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong ,
pahlawan-pahlawan dunia … begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah …

seorang akhawat itu …
teman yang setia,

buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini … dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap nikmatNya …

seorang akhawat itu …
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya … bijaksana ia,
menyimpan lmu, si teman bicara,
dialah ishah, penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama
kalamullah …

seorang akhawat itu …
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji …
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,

puteri Rasulullah … kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,

penegak agama dan penjulang fikrah,
cahaya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda … bisa dia
segagah Nailah,
dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syahid menyahut panggilan Allah .

seorang akhawat itu …
perlu ada yang membela,

agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara … dengan cinta Rabbnya,
dengan rindu Rasulnya … dengan yakin Deennya,
dengan teguh qidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama, Allah dan juga RasulNya,

dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga &
ummahnya …

seorang akhawat itu …
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan, keyakinan &
penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan …

seorang akhawat itu …
yang hidup di alaf ini,
akhawat akhir zaman,
era hidup perlu berdikari …
dirinya terancam dek fitnah,

sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya,
kerana dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya …

kerana seorang akhawat itu,

yang hidup di zaman ini …
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang
lama … dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
nikmat hakiki seorang hamba,
dari Allah yang menciptakan,
dari Allah yang mengurniakan,
seorang akhawat itu … anugerah istimewa kepada dunia!

seorang akhawat itu …

tinggallah di dunia, sebagai bidah, da’ieyah & mujahidah,
pejuang ummah … anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah … kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu, taman budi &

ma’rifatullah …

seorang akhawat itu …
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan …

seorang akhawat itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,

merahmati dan merestui,
perjalanan seorang akhawat itu …
menuju cintaNYA yang ABADI!
amin….

waktu rehat

December 3rd, 2005 by theadie

waktu REHAT ! ! !

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

R E H A T seketika

telah tertulis untuk aku berehat seketika
harapanku untuk bangun berdiri dan terus berlari selepas ini
bukan rehat untuk terus lemah
tetapi untuk menyimpan tenaga buat perjalanan yang lebih jauh
salam terus berjuang buat kawan-kawan seperjalanan
doakan rehatku ini sebagai pengajaran berharga untuk aku terus berjalan


"Don’t dare to be different, dare to be yourself – if that doesn’t make you different then something is wrong. " – Laura Baker 
<— taken from yasminthestoryteller.blogspot.com/

Adie R E H A T
status: R&R (rehat dan rawat)

Question - Why did the chicken cross the road?

November 23rd, 2005 by theadie

i got this from bulletin, post by one of my friendster friends
hope you enjoy it ! ! !
——————————————————————————————————-

KINDERGARTEN TEACHER:
To get to the other side.

ARISTOTLE:
It is the nature of chickens to cross roads.

RONALD REAGAN:
I forget.

ARTHUR ANDERSEN CONSULTANT:
Deregulation of the chicken’s side of the road was
threatening its dominant market position. The chicken
was faced with significant challenges to create and
develop the competencies required for the newly
competitive market. Andersen, in a partnering
relationship with the client, helped the chicken by
rethinking its physical distribution strategy and
implementation processes. Using the Poultry
Integration Model (PIM), Andersen helped the
chicken use its skills, methodologies, knowledge,
capital and experiences to align the chicken people,
processes and technology in support of its overall
strategy within a Program Management framework.

RICHARD M. NIXON:
The chicken did not cross the road. I repeat, the
chicken did NOT cross the road.

COMPUTER PROGRAMMER:
In order for the chicken to cross the road safely
they not only need one driver to access the server
farm if not they will hang in the middle of the road.

JERRY SEINFELD:
Why does anyone cross a road? I mean, why doesn’t
anyone ever think to ask, "What the heck was this
chicken doing walking around all over the place,
anyway?"

BILL GATES:
I have just released the new Chicken Office 2000,
which will not only cross roads, but will lay eggs,
file your important documents, and balance your
checkbook.

MAHATHIR:
You know, I am tired of all this..’apa-nama’
chicken-chicken bisnes… .the foreign powers should
stop intervening in our domestic affairs and just
leave our chickens alone… .. if they want to… ‘apa
nama’ cross the road, they should be allowed to
cross the road .. Malaysia is a democratic country,we let our
chickens do whatever they want to do… . as long as
they! don’t t hreaten the Malay unity and try to topple
the government… and if they plan to do so… we won’t
hesitate to use the ISA…

ABDULLAH BADAWI:
Ini semua adalah khabar angin sahaja…
jangan percaya khabar - khabar angin ini semua…
biasalah ini adalah taktik pembangkang untuk
memecah belahkan perpaduan ayam - ayam semua…
jangan percaya..jangan percaya… .

SAMY VELLU:
ayyooyoo… belakang cerita lain kali, kita sude
bikin banyak jembatan,
itu ayam musti guna jembatan untu lintas itu jalan
lagi pun kalu itu ayam mau pigi jalan-jalan,
beritau sama saya juga, saya bolley buat lebbey
banyak toll… … ..

KARAM SINGH VALIA:
Seperti yang saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam
itu sedang melintas jalan, mereka bukan sahaja
melintas jalan malah membuang najis di atas jalan
dan ini adalah pencemaran yang paling hebat di
maya pada ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah
mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar
menahan najis sewaktu melintas jalan, sekian saya
sudahi dengan… … …
Ayam di jalan di lintaskan, ayam di reban mati tak
makan

COLONEL SANDERS:
I missed one?

BILL CLINTON:
I’ve had so many chicks, I can’t remember

ADIE:
wargh ha ha ha… hik hik… kehehe

——————————————————————————————————-

Accreditation

November 21st, 2005 by theadie

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Buat teman-teman seKEMBARA SELATAN, gambar aku dah up-date. Check la di album KEMBARA SELATAN 2005 aku tu, klik sahaja.

Buat teman-teman sebatch pula, nak minta tolong ni. Siapa ada full list projek yang kita buat sepanjang 3 tahun ni termasuk yang matric skali? Kat bawah ni aku ada list yang aku ingat sahaja, tolong tambahkan. Tulis di bahagian komen.

—————————————————————————-

List projek untuk
Accreditation

Matriculation
It’s me
Unity in Geometry
Tectonic Form
Workstation
Efficaciousness of Space
The Bazaar

First Year
Lantern
Sculpture (display product)
Display Area
Cube
House Design 

Second Year
Detailing in building
Musolla Design
Administration Centre (with working drawing)

Third Year
Reversing Tornado (sketches)
Islamic Fashion Museum (CM)

—————————————————————————-

Sekian, terima kasih kepada yang sudi membantu… wassalam

ADIEtengahkelamkabut

either we make history or we became history

November 18th, 2005 by theadie

Assalamualaikum . . .

maaf tak sempat nak tulis laporan lagi pasal KEMBARA SELATAN
bersyukur kami semua selamat kembali…
secara keseluruhannya, projek ini sangat berjaya
semua yang peserta gembira tak terhingga

ini sedikit sedutan dari tulisan kawan-kawan(dipetik dari bulletin):

MAHDI:
KEMBARA SELATAN…success..
Thanx a  lot to the team,
Thanx gak kat umah2 yang menyambut
kedatangan kami,
Thanx a lot sekali lagi…Insya Allah kembara
seperti ini akan diteruskan pasa masa yang akan
datang dan mungkin dengan menggunakan
perodua Kembara.

MIRZAM:
KEMBARA SELATAN Best Giler…….KEMBARA UTARA pulak!!!
Kami warga KEMBARA SELATAN sudah selamat
kembali, alhamdulillah… seronok giler ! ! !

insya allah sikit masa lagi, siaplah (Megat) edit rakaman
sepanjang perjalan KEMBARA SELATAN. . .
ada masa, boleh aku tulis laporan rasmi

kepada yang tak sempat/dapat/nak ikut,
insya allah lain kali kita rancang program lain pula

sampai membaca kembali;

ADIEkembaraselatansatriaspecialedition

Salam Dunia… Salam Semua… Salam Hari Raya

November 14th, 2005 by theadie

Assalamualaikum kembali…

hari ini, hari ke-4 berturut-turut aku menulis blog ni.
kira macam count down untuk KEMBARA SELATAN lah agaknya.

esok, kami akan berkumpul di rumah aku jam 9 pagi, sarapan… mak aku masak, hehehe
selepas itu insya allah, bermula lah perjalanan penuh sejarah bagi kami
semua diwajibkan pakai full set baju melayu raya… aku pun baru lepas test balik baju aku tadi

kesian Azahar… tak dapat ikut sekali, transport tak cukup
dengar cerita dia cuba carik member lain untuk cukupkan corum
tak dapat juga agaknya

esok nak kena bangun awal pagi ambil budak-budak KEMBARA SELATAN dekat stesen LRT SetiaWangsa

sekian blog PENAT ikhlas dari aku,
ADIEnakgijalanraya
::Johor|Melaka|NegeriSembilan::