Archive for June, 2006

jadual terkini KEM-PAN-TIM

Friday, June 23rd, 2006

R A N G K A   J A D U A L   P E R J A L A N A N

(26hb isnin)
0600 - kumpul di UIA
0800 - betolak dr UIA
1100 - sampai umah ADDA
1700 - sampai umah NAWIE (tido) - ni tak tanye die lagi nih

(27hb selasa)
0800 - gerak dari umah NAWIE
0900 - sampai umah KAK EMI
1100 - sampai umah KAK SITI
1500 - sampai umah SUBOH
1800 - sampai umah A I N A
*mandi pantai / air terjun (ni tatau lak kol bape)
2200 - pegi umah ANIS (tido)

(28hb rabu)
1000 - gerak dari umah ANIS
1100 - lepak umah BIZI
1400 - sampai umah KAK ILI
1600 - shopping di KB (rantau panjang, pasar buluh kubu, pasar siti khadijah, wakaf chek yeh)
2200 - balik umah BIZI, tido…

(29hb khamis)
0600 - bertolak balik KL
1300 - tiba di UIA (cheh!)

notes ::
1. Bizi kate bahaye betolak balik KL lepas isya’, so die mintak extend ke subuh esok paginye sambil menawarkan rumah die untuk penginapan. Okeh je kan kawan2?

2. Jadual ni setakat kalo kita dapat kumpul kete. Kalo kene naek bas, mmg kena rombak abes lar…

KEM-PAN-TIM up-date!

Thursday, June 22nd, 2006

Assalamualaikum…
salam Pantai Timur (cheh, mcm da sampai)

ni perkembangan terkini Kembara kita,
ade sedikit perubahan keatas jadual perjalanan,
dulu punye lupe letak tempat tido

setakat semalam, kereta yg dah konfem still kete Bizi je,
Mahdi pon terpaksa tarik diri, family matters katenyer
jadi kite berhadapan masalah KERETA,
sesape yg ade kete tolong kontek aku segera…

serius aku perlukan bantuan korang,
kalo setakat bg nama nak pegi je,
pastu tanak bwk kete, susah a camnih…(lainla mmg takde kete)
kalo ade masalah kite bincang sesame
mak-ayah tak bg bwk kete jauh2? try la jek sket…

plan B kite, mungkin semua kene naik bas, sanggup tak?
ramai giler nih, tak caye tengok list kat bawah
pastu dah samapi sane mungkin sewa kerete
atau tuan rumah (macam Suboh) bwk kerete dari umah, amacam?

buat tuan rumah, kalo korang bace tolong reply ek
aku tak kontek korang lagi utk konfemkan bebetol
ingat nak jumpe time graduation dinner nih

————————————————

J A D U A L   P E R J A L A N A N

(26hb - isnin)
*btolak dr UIA seblom subuh
— Adda
— Nawie (tido) - ni tak tanye die lagi nih

(27hb - selasa)
— Kak Emi
— Kak Siti
— Suboh
— A i n a
*mandi pantai / air terjun
— Anis (tido)

(28hb - rabu)
— Bizi
— Kak Ili
*shopping di KB (rantau panjang, pasar buluh kubu, pasar siti khadijah, wakaf chek yeh)
*betolak balik lps isya’
————————————————

K E R E T A
kancil Bizi konfem dapat, sbb Bizi mmg nak balik Kelantan pon
kembara Mahdi tak dapat pakai sebab Mahdi pon tak ikut,
satria Adie still dlm proses permohonan, tatau lg camne
wira Din kene tunggu servis, aku tak kontek die lagi
honda Syibri tengah try dapatkan dari abang dier

————————————————

P E S E R T A (setakat semalam)
Adie, Fareed, Zubir, Ajil, Bizi, Suboh, Aza, Shah, Megat, Mirzam, BashierKecik,
Nawar, Mazlia, Shaliz, Fadillah, kakZack, Adda(x), Shima, Nekma, Emon(x)

————————————————

B A J E T
kalo btollah jadi mengembara naek kete, aku ingat nak kene kutip sorang rm100,

satu kete 5 orang; 5 x 100 = rm500 satu kete
minyak bajet 6 kali isian pnoh, 3 pegi 3 balik; 6 x rm70 = rm420
lebihnya rm80 buat bayo duit tol dan lain2
makan? sendiri2 + melantak kat uamh orang, kehehe

————————————————

KEMBARA PANTAI TIMUR

Tuesday, June 20th, 2006

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,
sahabat2 PointSIX terutamanya.. hihihi

seperti biase… aktiviti mengembara kita akan diteruskan lagi
dan kali ni mungkin yang paling grand, memandangkan ramai yang dah nak grad
pasni nak kumpul2 jumpe2 balik mesti da susah… kire ni final kembara lah
(hehe, kalo ade pon mungkin kembara ke Majlis Kawen, kwn2 plak… huhuhu)

setakat meeting tak rasmi yang dibuat semalam…
keputusan adalah seperti yang di bawah:

Tarikh cadangan 26-28hb Jun 2006 (Isnin-Rabu), bertolak sebelum subuh

Lokasi
Pahang
Adda

Terengganu
Nawie
Kak Emi
Kak Siti
Suboh
A i n a

Kelantan
Bizi
Kak Ili

Peserta
Adie, Fareed, Zubir, Ajil, Mahdi, Bizi, Suboh, Aza, Shah, Megat, Trunk(x), Katun(x), Mirzam
(sister bagi nama kat Anis, die akan uruskan bab2 naek bas ni)

Pengankutan
Bas (semua sister)
Kereta: KancilBizi(konfem), SatriaAdie(x), WiraDin(x), WalkswagonSyib(x)

Lagu Tema Hati Emas (Kembara)
PakaianWajib PakaianRenang!!! (kite nak mandi air terjun oi…)

Sebarang komen, cadangan, bantahan, rayuan bolehlah tulis kat ruangan comments bawah ni
kite kene cepat, dah kesuntukan masa ni…
dan masalah utama kite adalah… transport!!! kete tak cukop lagi, sape ade lebih?

salam…
Pantai Timur, tunggu… aku datang!!!

p/s: tanda (x) maknenye… tak konfem lagik

Hebat la pakcik

Monday, June 12th, 2006

Kisah pakcik & pemuda

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje…

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama…

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama…

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa…yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama…

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah…sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.

Pemuda : Ooo, gitu ke…abis tu yang hitam tu sapa punye?

Pakcik : Yang hitam pun sama…

bicara hati dari seorang TEMAN

Friday, June 9th, 2006

. . . . .

sekali hati itu terluka,
kadangkala sukar nak mengubatinya,
adakalanya mengambil masa yang lama untuk itu…

dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini,
mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika…

sehingga hatinya pulih seperti sediakala…

hati yang diberi bukan untuk suka-suka…

ianya lahir atas satu kepercayaan,
dari situ wujudlah kasih sayang…

jika hilang rasa percaya itu,
maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.

H I A S A N   D U N I A   Y A N G   T E R I N D A H

. . . . .

cerpen islamic…. bace la.. cam best…

Tuesday, June 6th, 2006

cerpen islamic…. bace la.. cam best..

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku
kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."

Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia dating biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated.

Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.

Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka…Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.

Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum….Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman…. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."

 

Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku?

 

"Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.

 

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

 

"Oh, oh …. maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit,kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.

 

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula – Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

 

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itu pun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termangu-mangu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal. Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala
  lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana.
Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

 

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai
Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

 

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan
itu terus menyerang benak Datuk Dr.Johar.

 

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi.Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah.Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat…"

 

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.

 

"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! seksa Neraka amat pedih.. Tolonglah tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.

 

Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ….Lega. Dahaga, lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan:

"Assalamualaikum.. kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah, Syed AlAbrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman.Sila datang!" Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."

"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan. "Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.

"Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".

Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women’s Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk kesana.
Di sana ada
tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan," terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni…"

"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama- nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu… Subhanallah…." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia menggeleng – gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan!"ujarnya kepada pelayan.

"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.

"Ya! Apa peliknya?",

"Baik tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" Tanya pelayan berkulit hitam itu.

Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ke tempat orang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.

Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja.

"Anta tak  cuba
tampung dengan amal makrufat yang lain?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati.

Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit… malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."

Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita. Keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan
dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa,
yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya…. saya nak labor habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.

 

Datuk Dr. Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!"ujarnya kepada pelayan restoran.

 

"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ….berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ….," kata pelayan itu lagi.

"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital,bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga
para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya
bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, Insya-Allah. Kita tak perlu hospital!

 

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.

"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya….."

"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang …Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.

"Di sana tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana,
tuan
boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr.  Johar, orang besar negara,
melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu
dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih
kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN ,IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh… Oh … seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.

Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nakmati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer:
RAJA’.kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti… FIRDAUSI
MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI �.. Kepala Datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu
yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

"Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang…"

"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.

Ayat suci Al-Quran a… "Eh …ni suara orang mengaji,"

"Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda
berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema

…. Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu

mendamba kasih yang tidak berhujung

mengutip saying di hamparan cinta suci.

Inilah getaran hatiku memburu cinta…….

stanza hati merindu Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah …"

Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."

"Tak. Pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."

" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang
lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."

"Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas
meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang
kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.

Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helicopter dengan tulisan ‘MAKRUFAT AIRTRANSPORT’ sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anakmeraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.

 

Isy, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

 

"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk.

Ada berita
buruk !"

 

Datuk Dr. Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.

"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr.Johar.

"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya…"

"Habis, mereka mahu apa?"

"Mereka mahu Islam, Datuk!"

"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

 

"ISLAM KAN
TETAP DIJULANG WALAUPUN IA
DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

"Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah"

 

p/s: rajin2 la forward ceritani.. moga jadi inspirasi dlm perjuangan kita!! infiroo khifafanwathiqolan!! go2!! muslim mesti cemerlang…

Mohd Khairul Amran B. Mohd Amin
Pusat Komputer ,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur.