Pantun Nasihat
Monday, June 27th, 2005Hasil tulisan kawan sekolah aku senanya… menarik ntok dihayati bersama
Assalamualaikum, Pantun buat bekas-bekas pelajar sekolah agama umumnya, Al-Amin khususnya. Buat muhasabah diri yang selalu terleka
—————————————————-
Zaman sekolah ber"ana-enti"
Sekarang hilang diterbangkan angin
‘Aku engkau’ jadi pengganti
"Ana rindulah sama Al-Amin"
Bertudung labuh ayu sentiasa (ye ke?)
Ikhlas atau peraturan semata
Sekarang ni gaya ‘hebat-hebat’ belaka
Entah bila nak ‘ayu’ semula
Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Batas pergaulan makin berkurang
Dah makin lupa apa ustaz ajar
Dulu cakap ngan laki jarang sekali
Batas pergaulan punyalah jaga
Sekarang pampang gambar ngan buah hati
‘Kak, rasa malu tu campak gi Thailand ka?’
Dulu bahasa bukan main jaga
Bukan apa, takut terbuat dosa
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila
Gara-gara orang kutuk ‘engkau ni skema’
Dulu berlumba-lumba dengan member
Hafal Quran gila-gila
Sekarang Quran kumpul habuk je
"Alah, aku banyak kerja lain la…"
Ustaz selalu cakap kat kita
Jadilah contoh muslim sejati
Tapi sayang kebanyakan kita
Bila dunia diletakkan di hati
Orang cakap budak Al-Amin berkualiti
Baik berakhlak lengkap semuanya
Sayangnya indah khabar dari realiti
Bila melihat pada fi’il anak didiknya
Bila ditegur angin satu badan
Konon sudah tahu belaka
Kalau dah tahu kenapa teruskan
Seronok sangat ke kumpul dosa?
Macam tu lah kalau terasa diri hebat
Nama pun lepasan sekolah agama
"Tak payah la kau nak bagi nasihat
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"
Itulah realiti budak sekolah agama
Majoriti terkejut dek dunia luar
Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja
"Tak sesuai la semua-semua ni kat luar!"
Kesian ustaz mengajar kita
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna
Kita ambil sambil lewa
Alasannya kita bukan insan sempurna
Memang insan tiada yang sempurna
Kerana itu dituntut berusaha
Tak guna ilmu penuh di dada
Jika tak berusaha menghayatinya
Bukan mengeji bukan mengata
Teguran ikhlas dari jiwa
Teguran buat diri ana juga
Ana juga insan penuh dosa
Sekian, wassalam
—————————————————-
Hasil nukilan HuDa